Tuesday, May 12, 2009

AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM :

BULAN MUHARRAM

Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')

Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)

Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin

Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga

Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka

Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat

Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.

Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya


BULAN SAFAR

BULAN RABIUL AWWAL
BULAN RABIUL AKHIR
BULAN JAMADIL AWWAL
BULAN JAMADIL AKHIR

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.

REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah

Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah

Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal

Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya

Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya

Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya

Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda

Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji

Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.

Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.


BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda

Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.

Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.


BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.
"


Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya





BULAN SYAWAL

Amalan sunat di bulan Syawal :

Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :

a)

Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri

b)

Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik

c)

Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya

d)

Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid

e)

Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain

f)

Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid

g)

Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah terbenam matahari pada hari raya tersebut.



Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."






BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.

BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah

Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur

Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.


Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

a)

Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.

b)

Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha

c)

Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain

d)

Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid

e)

Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)

Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

JIBRIL MENJELASKAN PENGHUNI PADA TIAP-TIAP TINGKAT NERAKA

Allah SWT telah menciptakan api neraka itu pada hari Ahad.Neraka itu mempunyai tujuh buah pintu,sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :

”Jahannam itu mempunyai tujuh pintu.Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan tertentu dari mereka.” (Al-Nijr:44)

Tingkat-tingkat neraka iaitu :

1.Neraka Jahannam
Firman Allah SWT. Bermaksud :
” Dan Sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada(pengikut- pengikut syaitan)semuanya.’ (Al-Hijr: 43)

2.Neraka Sa’ir
Firman Allah SWT bermaksud :
“Dan dia akan masuk ke dalam sa’ir (api neraka) yang menyala-nyala.” (Al-Insyiqaq: 12)

3.Neraka Saqor
Firman Allah SWT bermaksud :
” Apakah yang memasukkan kamu kedalam Saqor (neraka) .”(Al – Muddatstrir: 42)

4.Neraka Jahim
Firman Allah SWT bermaksud :
“ Dan diperlihatkan dengan jelas Neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat.”(Asy-Syua’ ara:91)

5.Neraka Huthamah
Firman Allah SWT bermaksud :
“ Dan tahukah kamu apakah Huthamah itu?”(Al –Ma’arij:15)

6.Neraka Lazo
Firman Allah SWT bermaksud :
“Sekali-kali tidak dapat sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergelojak(lazo) .”(Al-Ma’arij: 15)

7.Neraka Hawiyah
Firman Allah SWT bermaksud :
” Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.”(Al – Qariah :9)

Pada masing-masing tingkatan dari neraka itu diisi oleh golongan tertentu diantaranya :

1. Tingkat pertama berisikan golongan pendusta.
Firman Allah SWT bermaksud :
”Maka kecelakaan yang besarlah di hari itu orang-orang yang mendustakan.”(Ath-Thur:11)

2. Tingkat yang kedua berisikan golongan yang lalai dalam solat.
Firman Allah SWT bermaksud :
“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,iaitu orang-orang yg lalai dari
solatnya .”(Al-Maaun:45)

3. Tingkat ketiga iaitu golongan pengumpat dan pencela.
Firman Allah SWT bermaskud:
“Celakalah bagi setiap pengumpat lagi pencela.”(Al- Humazah:1)

4. Tingkat Keempat iaitu golongan pendusta.
Firman Allah SWT bermaksud :
”Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis al-kitab dengan tangan mereka sendiri,lalu dikatakan:” Ini dari Allah,”(dengan maksud) Untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu.Maka kecelakaan besarlah bagi mereka,kerana apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri,dan kecelakaan Besarlah bagi mereka,kerana apa yang mereka
kerjakan.”(Al- Baqarah :79)

5. Tingkat kelima iaitu golongan yang mempersekutukan Allah.
Firman Allah SWT bermaksud :
”Katakanlah :Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa,Tetaplah pada jalan lurus menuju kepadaNya dan mohonlah
ampun kepadaNya.Dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang
yang mempersekutukanNya.” (Fushshilat : 6)

6 .Tingkat keenam iaitu golongan yang keras hati.
Firman Allah SWT bermaksud :
”Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk menerima agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang keras hati?)Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang keras
hatinya untuk mengingati Allah.Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.”Fushshilat :6)

7. Tingkat ketujuh iaitu golongan yang curang dalam menimbang.
Firman Allah SWT bermaksud :
”Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang,iaitu orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi dan
apabila mereka Menukar atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangi.”( Al-Muthaffifin: 1-3)

Kerana pedihnya seksaan neraka tersebut.masing- masing penghuninya menyeru kepada Allah agar mereka dapat dikembalikan ke dunia.Namun semuanya telah terlambat dan mereka tetap Menerima seksaan yang pedih.

Para penghuni neraka di tingkat tujuh menyeru dan berkata :
Sebagaimana firman Allah bermaksud :
Mereka berseru: Hai
Malik,(malaikat penjaga neraka) biarlah Tuhanmu membunuh kami Sahaja.Dia menjawab:Kami akan tetap tinggal (di neraka ini).” ( Az-Zumar :77)

Kemudian para penghuni neraka tingkat keenam menyeru dan berkata pula,sesuai dengan firman Allah SWT bermaksud:
”Dan orang yang berada dalam neraka berkata kepada penjaga-penjaga Neraka Jahannam :”Mohonkanlah kepada Tuhanmu supaya Dia meringankan azab dari kami walau sehari.”(Al-Mukmin :49)

Para penghuni neraka tingkat kelima berkata seperti Firman Allah bermaksud.
”Dan alangkah ngerinya,jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkanKepalanya di hadapan Tuhannya,(mereka berkata ): “YaTuhan kami, kami telah melihat dan mendengar,maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan amal soleh,Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.”(As-Sajdah: 12)

Penghuni neraka tingkat keempat berkata juga,sesuai dengan firman Allah SWT bermaksud:
”Ya Tuhan kami,beri tangguhlah kami(kembalikanlah kami ke dunia ) walaupun dalam waktu Yang sedikit nescaya kami akan mematuhi seruan
Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul.” (Ibrahim: 44)

Para penghuni neraka tingkat ketiga berseru,sesuai dengan firman Allah berbunyi:
Ya Tuhan kami,keluarkanlah kami daripadanya( dan kembalikanlah kami ke dunia),maka jika kami Kembali (juga kepada kekafiran),sesunggu hnya kami adalah orang-orang yang zalim.”(Al-Mukminun: 107)

Para penghuni neraka tingkat kedua berseru seperti firmanAllah bermaksud:
“Mereka berkata:Ya Tuhan kami,kami telah dikuasai oleh kejahatan kami,dan adalah kami orang-orang yang sesat.”(Al-Mukminun: 106)

Kemudian penghuni neraka tingkat pertama berseru :
”YaHannan,Ya Mannan.”
Dalam hal ini Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril as tentang penghuni-penghuni setiap tingkat Daripada neraka. Maka Jibril as menjawab :

“Neraka tingkat ketujuh adalah tempat orang-orangMunafik.
Tingkat keenam tempat orang-orang yang derhaka dan mendakwa dirinya sebagai Tuhan.
Tingkat kelima Adalah orang-orang yg sombong dan kafir.
Tingkat ketiga adalah tempat orang-orang Yahudi.
Tingkat yang kedua adalah tempat-tempat orang Nasrani.”
Kemudian Jibril as pun diam,tidak meneruskan keterangannya. Maka Rasulullah menanyakan tentang penghuni neraka tingkat pertama itu kepada Jibril.Akhirnya Jibril pun menjelaskan:” Penghuni tingkat pertama itu adalah orang-orang derhaka dari umatmu.”Mendengar penjelasan tersebut Rasulullah SAW terjatuh dan tidak sedarkan diri.
Setelah sedar kembali baginda menangis dengan tersedu-sedu kemudian baginda masuk ke dalam rumahnya dan mengunci pintu.Kemudian Baginda munajat kepada Allah.Maka turunlah Jibril membawa khabar gembira iaitu bahawa Rasulullah mempunyai ‘Syafaat’.

Yahudi dan Nasrani (Kristian) Tidak Sekali-kali akan Redha ...

Kebencian dan dendam Yahudi dan Nasrani kepada Islam telah termaktub di dalam Al Quran. Allah berfirman:

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Rasa permusuhan orang-orang Barat dan azam mereka untuk menjahanamkan Islam janganlah dipandang ringan dan kecil. Memang Islam tidak mengajar kita mencari musuh. tetapi Allah melalui Al Quran dan Hadis telah memberitahu kita siapa musuh umat Islam; iaitu:

1. Nafsu
2. Syaitan
3. Orang munafiq
4. Yahudi dan Nasrani serta orang kafir lainnya
5. Orang Islam yang hasad dengki.


Terhadap musuh, Islam meminta umatnya bersiap siaga. Kalau mereka menyerang, wajib umat Islam mempertahankan diri dan berperang. Teknik berperang tidak sama. Berperang dengan hawa nafsu dan syaitan tidak sama dengan berperang melawan orang kafir dan orang munafiq. Tidak sama juga dengan cara-cara menghadapi orang-orang musyrik, Yahudi dan Nasrani.

Hari ini umat Islam bukan sahaja tidak bersedia terhadap musuh-musuh lahir seperti Yahudi, Nasrani dan munafiq bahkan juga tidak pun memerangi musuh batin yang sangat jahat itu iaitu hawa nafsu dan syaitan.

Konon kerana semangat kerjasama dan tolak ansur, umat Islam sangat berbaik dan menjaga hati orang lain sekalipun musuh. Sebab itu mudah sahaja bagi musuh untuk memperdayakan umat Islam hari ini. Perangkap mereka sudah mengena, bahkan sudah penuh dengan orang-orang Islam. Sehingga musuh-musuh itu tidak payah lagi bekerja keras untuk mengalahkan umat Islam dalam apa bidang sekalipun.

Bahkan umat Islam sudah merasa bangga dan bahagia menjadi kakitangan musuh-musuh mereka itu. Rasa selamat dalam perangkap. Rasa gembira menyertai pasukan musuh. Inilah gambaran Allah di dalam Al Quran:

"Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang mengambil nafsu sebagai Tuhannya? Maka apakah kamu hendak menjadi wakil (orang yang bertanggungjawab) ? Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanya seperti binatang bahkan lebih sesat lagi." (Al Furqan: 43-44)

Nyatalah bahawa ada manusia yang bukan sahaja tidak bermusuh dengan musuh, bahkan sangat taat dengan musuhnya. Mereka bekerja untuk musuh dengaan bangganya. Itulah realiti umat Islam kini. Tidak sedar bahawa mereka menjadi ejen musuh untuk memusnahkan Islam.

Contohnya, lihatlah sikap Saudi yang sangat menaruh harapan dan kerjasama dengan Amerika, musuh Islam itu. Belumpun Iraq bertindak apa-apa ke atas negaranya, baru diandai-andai, mereka telah menjemput orang-orang kafir, musuh-musuh Allah itu menduduki buminya dengan terhormat. Mereka tidak pedulikan apa hukumnya lagi walaupun memasukkan orang kafir ke negara Islam dengan sukarela adalah bid'ah yang besar. Yahudi dan Nasrani sedang menggunakan umat Islam untuk menjahanamkan Islam melalui kebudayaan, pendidikan, perdagangan, kemasyarakatan, hubungan luar negeri dan lain-lain lagi. Sebaliknya tiada usaha dari pihak umat Islam untuk menyekat usaha-usaha musuh itu. Apalagi merancang untuk mengalahkan musuh.

Setelah agama Kristian kurang diterima di Barat, yang terbukti dengan banyaknya gereja-gereja telah bertukar kepada Masjid, dendam Yahudi dan Nasrani semakin membara. Mereka mengalih pandangan mereka kepada kebangkitan Islam di Timur. Kegiatan Islam yang semakin berkembang kian hari di Timur khususnya Malaysia telah menyakitkan hati mereka. Semakin Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam contoh, kita lihat semakin banyak dan nyata perancangan mereka untuk menangani kerancakan amalan Islam di rantau ini.

Umumnya, antara langkah-langkah berkesan yang telah dan sedang mereka jalankan ialah:

a) Menyebarkan dakyah-dakyah memburukkan Islam melalui tulisan-tulisan serta media elektronik seperti video, televisyen, radio dan internet di kalangan umat Islam.
b) Merosakkan keimanan dan kekuatan beragama dengan menanamkan rasa cinta dunia dan takut mati dalam jiwa umat Islam. Perang saraf atau peperangan psikologi ini dilaksanakan secara besar-besaran.
c) Secara langsung atau tidak langsung, mereka cuba menaikkan badan-badan ekonomi atau politik atau kebajikan yang tidak bercorak Islam atau membantu negara-negara umat Islam yang anti Islam. Dengan cara ini dengan mudah mereka dapat memperkotak katikkan ekonomi negara tersebut.
d) Media massa mereka sengaja membesar-besarkan pemimpin Islam yang sekular, yang tidak ada cita-cita Islam. Terhadap pemimpin yang berjiwa Islam, ditulis atau digambarkan secara negatif.
e) Menggalakkan muda mudi mereka melancong ke negeri-negeri Islam, demi menyebarkan budaya hidup mereka di kalangan anak-anak watan.
f) Memperkenalkan cara hidup bebas, hedonisme, pergaulan lucah sehingga anak-anak muda Islam berfoyaa-foya dan lupa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Penjajahan mental dan spiritual yang sedang berlaku ke atas umat Islam oleh bangsa Barat kini, adalah hasil perjuangan yang terancang rapi sejak lama. Kejayaannya sedang mereka kecapi sekarang. Alangkah bangganya mereka melihat keadaan umat Islam kini yang bukan sahaja tidak menegakkan Islam, malah prasangka dengan agama anutan mereka. Suasana inilah yaang mereka idam-idamkan sebagaimana yang telah diingatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: "Akan tiba masanya umat Islam dikeronyok oleh musuh seperti si pelahap menghadapi makanan dalam hidangan."

Penyakit yang menyebabkan mereka jadi selemah dan sehina itu ialah al wahan yakni cinta dunia dan takut mati. Penyakit yang dirancang Yahudi dan Nasrani khususnya untuk diinjek ke dalam jiwa umat Islam. Dengan suntikan itu, iman tercabut dari hati dan akar umbinya. Sementelahan umat Islam sudah lemah.

Jangan kita ragu-ragu atau tidak percaya hakikat ini. Bencinya Yahudi dan Nasrani kepada Islam adalah kebencian yang mutlak dan tidak ada tolak ansur lagi. Orang Yahudi dalam rancangan untuk melemahkan umat Islam, telah mengkaji Al Quran dan Hadis untuk mencari di mana rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam bermula. Apabila mereka dapati bahawa faktor keturunan yang baik menjadi satu syarat untuk menjadi mukmin yang baik, mereka mengatur rancangan untuk merosakkan keturunan umat Islam. Iaitu dengan menyusun langkah supaya umat Islam melakukan perzinaan.

Seorang ulama pernah berpesan: "Janganlah kamu tidur di rumah orang Yahudi. Nanti kamu akan diperangkap untuk berzina deengan anak perempuannya. " Ini menggambarkan Yahudi sanggup korbankan maruah anak perempuannya demi merosakkan keturunan umat Islam. Lihatlah sekarang, pelacuran menjadi-jadi, perzinaan berleluasa. Berjayalah perjuangan Yahudi. Dengan bangsa kita jadi korban perjuangan mereka dengan rela. Begitu halus dan licinnya perangkap Yahudi dan Nasrani.

Di antara perancangan mereka yang lain ialah dengan merancang makan minum yang haram untuk umat Islam. Sebab mereka tahu dengan makanan yang haram, hati-hati umat Islam akan rosak. Demikian juga rancangan merosakkan akhlak dan budaya Islam.

Apakah yang telah kita buat untuk menyelamatkan Agama Allah ini? Siapakah yang mahu menjadi pembantu agama Allah?